Tuan/Puan,

Terima kasih kerana menyertai kaji selidik FDPI (Indeks Kesediaan Bencana Banjir). Laman web ini telah dibangunkan oleh ICHARM (Pusat Antarabangsa Bagi Bencana Air dan Pengurusan Risiko di bawah naungan UNESCO) daripada PWRI (Institut Kajian Kerja Awam) di Jepun sebagai versi dinaik taraf berdasarkan kajian terdahulu kami yang dijalankan sebagai sebahagian dari aktiviti Jawatan Kuasa Taufan, sebuah organisasi naungan bersama WMO (Organisasi Meteorologi Dunia) dan UNESCAP (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik, PBB).

FDPI telah dibangunkan untuk digunakan terutamanya oleh pegawai pengurusan bencana di setiap komuniti sebagai penilaian sendiri terhadap kesediaan komuniti menghadapi bencana banjir. Dengan menggunakan laman web ini, anda boleh menilai secara objektif komuniti anda bagi mengetahui apakah yang harus ditambah baik secara tepat dan apakah bantuan yang diperlukan dari organisasi lain. Keputusan terkumpul juga akan menjadi sumber yang berguna untuk negara-negara di seluruh dunia untuk mengukuhkan kesediaan menghadapi bencana banjir mereka.

Soalan-soalan berikut adalah mengenai pengurusan bencana di komuniti anda. Baca setiap soalan dan pilih satu dari lima pilihan jawapan yang anda fikir betul-betul mewakili kes komuniti anda. Kami harap FDPI adalah berguna dan berkesan untuk meningkatkan kesediaan bencana banjir komuniti anda.

Jika anda ada sebarang soalan mengenai laman web ini, hubungi kami segera.

(Kami memberi jaminan setiap jawapan adalah sulit sepenuhnya. Keputusan kaji selidik ini hanya akan dilaporkan secara agregat, anda dan komuniti anda tidak akan didedahkan tanpa kebenaran anda.)


Yang benar,
Ahli ICHARM